Tuesday, 11 August 2015

Ragam pagi ni.

Bismillah.

Adoi lah. Pagi-pagi ni my anak bujang buat ragam tak mahu ke sekolah. Semalam dia mengadu sakit perut. Buang air besar kat sekolah sampai dua kali. Kat rumah 3 kali. OK. I dah confirm sebabnya. Makan lala. Previously dia kena begini juga tapi I tak sure sebab nya sebab sebelum-sebelum ini kalau I masak lala, dia makan dan ok sahaja. Tak pula sakit perut atau ke toilet banyak kali.

So nak jadi kan lah cerita pagi ni....nangis-nangis tak mahu ke sekolah. I tegas harini sebab periksa lagi sebulan. I tak nak dia give up kalau ada sakit sikit-sikit macam ni. Nada suara I macam soprano, and husband I soft ballad gitu! Haha. nasib baik balance, kan? I kata pergi sekolah! Jangan nak ngada-ngada! Anak I kata, sampai hati mummy..sampai hati mummy...I kata,,memang sampai hati pun. Dah cepat!..haha...

Dalam hati kesian u! Tapi kalau I layan, next time dia registered dah cara nak lari dari masalah. Ini tantrum tahap dewasa dah ni. Selalu tantrum happens when your child is two or three years old. Ini dah sepuluh tahun!...Sajaaa je bagi I boil pagi-pagi taww!..

Anyway, dalam kereta tadi mood dia dah ok. Alhamdulillah. May be sebab dari kecil I memang ajar dia, if I can tolerate, yes I can make it happens, but if the matter is cannot be tolerate , you know the answer, which if it is yes, it is yes, and if it is no, sampai sudah it is no.

Masa sampai di sekolah tadi, makan mee goreng, his favourite breakfast. Masa tengah makan, he said, dah tak sakit perut dah mummy, mummy tak payah lah WhatsApp cikgu kelas. And I said, Alhamdulillah. OK, I wont text her. And he smiled and continued eating with bright face.

This one kan, a point lah to u all mothers or fathers out there. We have the instinct sebenarnya, we know whether our children are lying to us or not. All of us are given this parenthood instinct. Allah gives us that. It is not nature ya. All given by him.

So in my case, my child is admitted his wrongdoing by stating : "I am already okay, I don't have any stomach pain". When it's happened, ACKNOWLEDGE it. Do not mengungkit. Do not say the irritating word such as : "Haa...kan dah kata, awak sajaa je buat tu".. No. As the matter of fact, it is a really big NO. Sebabnya, if we do that, our children will learn that bad habit. So bila diorang dah besar, dan bila diorang mula act irritating, kita muhasabah diri kita semula. Sebab children just imitate what they see and learn well from the parents.

Ok. Story I harini. Dan oh ya, malam tadi masa dia mengadu sakit perut, I bagi dia minum air Sole. Dia tak berapa suka rasa nya, sebab payau, but I think this sole drops memang baik untuk perut dia, in fact I yang tengah batuk ni pun berulang-ulang titis dalam mulut and drink the water campur ngan sole drops. Alhamdulillah, kurang lah sikit batuk tu, but still I beli ubat batuk cap kelapa laut afrika sebab I nak jugak benda berangin. Hehe...

Ok dear. I nak buat preparation mengajar petang nanti. Till then..tata semua...

* Dalam gambar--> Inilah SOLE. I recommend u all yang tak mampu nak beli air alkali supaya consume ini. Berbaloi u alls.


#mynameisCTN

Kue Raya

Haaa... cerita pasal kue lah pulak... tapi sebab raya belum officially ended, so masih lagi dalam mood mengidam kue raya..he he..

I sangat lah gemar kue raya. Especially tart nenas, samperit dan dahlia. Kalau yang masuk mulut jer and then melt...lagiii I suka..

Bercakap tentang kue raya, I bukan lah seorang yang cerewet, tapi walau pun I tak pandai buat kue, I tahu rasa..tapi tak lah sampai nak mengondem kue dan rasa kue yang orang lain buat macam pakar-pakar masakan yang I selalu tengok dalam TV.

Baru-baru ni stok kue dah habis..I pulak memang sangat terasa nak makan kue tart nenas sebab raya ni I tak beli. Bukan apa, my biras selalu beli kue untuk topup dalam rumah, I beli kerepek jer..sekali tak ada tart nenas dalam list kue topup!!..Huhu..haru betul sebab pergi beraya rumah orang mata I pi cari tart nenas dulu..haha..apo lah!

Ada satu kue tart nenas yang I memang I terasa-rasa sampai sekarang. Kue raya rumah saudara suami I di Pak Kancil, Terengganu. Wahh..marvelous! Inti tart yang sedap. I tak suka yang masam sangat. Ni inti tart tu manis, still rasa citrus but not too strong. Uh! And I love every bite! Sedap betul! Siapa lah yang buat kue tu kan? Banyak pahala dia..

U alls mesti ada kue favourite u all yang u all suka dan selalu cari dalam rumah orang yang u pergi ziarah, kan?...haaa....jangan ngelat! Mesti ada pesen macam I yang tinjau2 kue feveret dalam balang kue orang...hehehehe..

Kat bawah ni belanja gambar kue  yang I beli kat satu kedai bakery. Mula-mula cuak juga sebab takut tak sedap, tapi Alhamdulillah, memang sedap. Kue tu pun dah tinggal serdak aje..dua hari di ngap!...haha...hantu kue betul I ni.. (ada satu tu sebelum di ngap oleh I lepas tulis entry ni..hehe)

Tata dulu.

Nanti sambung cerita yaaa....

#mynameisCTN






Sunday, 9 August 2015

Senyumlah! Kisah pahit itukan GURU!

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wrt...

Kena tipu!

Paling tak suka kalau involve dalam situasi ni, kan? Tapi ada satu lagi situasi yang mana lagi teruk dari kena tipu. It is ----> Kena Tipu Sebab Naif.

Berapa ramai yang dah kena kelentong, kena makan, kena siat, kena lipat, kena kencing,..dengan orang yang kita percaya, rupa-rupanya tak boleh harap langsung.

I lah tu.

Bila kenang, sakitnya hati. Tapi yang bagusnya, apabila kita diuji begini, Allah sentiasa beri jalan keluar.

Macamana?

Daripada situasi macam tu, kita dapat belajar kenal orang. Belajar mendidik hati supaya tidak terlampau teruja dengan janji kekayaan. Sebab Allah nak didik supaya ingat sentiasa bahawa kesenangan dunia adalah kesenangan yang pura-pura. Kesenangan yang ada dalam dunia, kalau ditimbang dengan sayap lalat pun tak laku.

Kita akan terus diuji dengan penipuan selagi mana kita masih lagi tak dapat mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku pada diri kita. Maksudnya, kita fail the test, and then Allah gives more and more test (jumpakan kita lagi dengan penipu), sampai kita sedar.

And, hikmahnya, yang tersedar, dan yang terus kembali pada Allah, Allah terus sambut, dan hold. Supaya tak pecah berderai. Sebab selalunya yang biasa kena tipu ni, hati sangat fragile.

Bila Allah dah pulihkan semangat, dan bila orang yang sedar tu faham, bahawa dunia hanyalah jambatan untuk ke akhirat, means buat semua sekali, any single thing hanya untuk akhirat, baru Allah beri senang. Sebab, bila dah jadi macam ni, hati memang syukur sangat dah pada Allah. Nak berpaling balik tengok dunia pun fikir juta kali.

Harap lah istiqomah. Dan semoga Allah beri sesiapa yang involve dalam situasi kena tipu and sedar balik ni kekuatan untuk terus menerus bergantung pada Allah.

I banyak kali involve dalam situasi ni. Nak cerita in detail, hati I tak nak kenang dah, so biarkanlah pengalaman tu ternoktah sahaja. Cuma, bila dah berpengalaman kena begini, I syukur sebab Allah masih lagi beri peluang untuk jumpa semua yang baik-baik dan supportive.

I suka dengan life yang Allah dah aturkan untuk I. Berhadapan dengan situasi sulit, bukan bermakna kita akan stuck di situ selama-lamanya. Semua nya berkala. Ada tempoh. Sebab apa sahaja yang ada dalam dunia ni, semuanya tak kekal.

So! Sekarang buka cerita baru. Suntik semangat! Allah ada! Allah ada! Allah ada!

Kita akan sentiasa kena uji. Tapi ingat, setiapkali kena uji, beritahu diri sendiri, ujian ini tak lama.
Jangan fikir Allah tak akan selesaikan. Allah ikut apa yang kita sangka. Jika kita sangka Allah akan beri ujian ini sampai kita mati, yes, Allah akan ikut kata kita. Jadi, fikir dan doa yang baik-baik.

Jangan putus asa ya sayang-sayang semua.

Akak jadi penyampai kecil sahaja.

Kita kembali pada Allah, Allah mudahkan jalan kita.

Kannnnn?


Senyumlah! Kisah pahit itukan GURU!


#mynameisCTN