Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum wrt...
Kena tipu!
Paling tak suka kalau involve dalam situasi ni, kan? Tapi ada satu lagi situasi yang mana lagi teruk dari kena tipu. It is ----> Kena Tipu Sebab Naif.
Berapa ramai yang dah kena kelentong, kena makan, kena siat, kena lipat, kena kencing,..dengan orang yang kita percaya, rupa-rupanya tak boleh harap langsung.
I lah tu.
Bila kenang, sakitnya hati. Tapi yang bagusnya, apabila kita diuji begini, Allah sentiasa beri jalan keluar.
Macamana?
Daripada situasi macam tu, kita dapat belajar kenal orang. Belajar mendidik hati supaya tidak terlampau teruja dengan janji kekayaan. Sebab Allah nak didik supaya ingat sentiasa bahawa kesenangan dunia adalah kesenangan yang pura-pura. Kesenangan yang ada dalam dunia, kalau ditimbang dengan sayap lalat pun tak laku.
Kita akan terus diuji dengan penipuan selagi mana kita masih lagi tak dapat mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku pada diri kita. Maksudnya, kita fail the test, and then Allah gives more and more test (jumpakan kita lagi dengan penipu), sampai kita sedar.
And, hikmahnya, yang tersedar, dan yang terus kembali pada Allah, Allah terus sambut, dan hold. Supaya tak pecah berderai. Sebab selalunya yang biasa kena tipu ni, hati sangat fragile.
Bila Allah dah pulihkan semangat, dan bila orang yang sedar tu faham, bahawa dunia hanyalah jambatan untuk ke akhirat, means buat semua sekali, any single thing hanya untuk akhirat, baru Allah beri senang. Sebab, bila dah jadi macam ni, hati memang syukur sangat dah pada Allah. Nak berpaling balik tengok dunia pun fikir juta kali.
Harap lah istiqomah. Dan semoga Allah beri sesiapa yang involve dalam situasi kena tipu and sedar balik ni kekuatan untuk terus menerus bergantung pada Allah.
I banyak kali involve dalam situasi ni. Nak cerita in detail, hati I tak nak kenang dah, so biarkanlah pengalaman tu ternoktah sahaja. Cuma, bila dah berpengalaman kena begini, I syukur sebab Allah masih lagi beri peluang untuk jumpa semua yang baik-baik dan supportive.
I suka dengan life yang Allah dah aturkan untuk I. Berhadapan dengan situasi sulit, bukan bermakna kita akan stuck di situ selama-lamanya. Semua nya berkala. Ada tempoh. Sebab apa sahaja yang ada dalam dunia ni, semuanya tak kekal.
So! Sekarang buka cerita baru. Suntik semangat! Allah ada! Allah ada! Allah ada!
Kita akan sentiasa kena uji. Tapi ingat, setiapkali kena uji, beritahu diri sendiri, ujian ini tak lama.
Jangan fikir Allah tak akan selesaikan. Allah ikut apa yang kita sangka. Jika kita sangka Allah akan beri ujian ini sampai kita mati, yes, Allah akan ikut kata kita. Jadi, fikir dan doa yang baik-baik.
Jangan putus asa ya sayang-sayang semua.
Akak jadi penyampai kecil sahaja.
Kita kembali pada Allah, Allah mudahkan jalan kita.
Kannnnn?
Senyumlah! Kisah pahit itukan GURU!
#mynameisCTN